Acer Umum Kehadiran Acer Nitro 7 Dan Kemaskini Pada Nitro 5 Menjanjikan Kepuasan Gaming Pada Harga Mampu Milik

227
**********

Berita baik buat peminat Acer Nitro apabila mereka telah mengumumkan mengenai kedatangan model terbaharu iaitu Acer Nitro 7.

Acer Nitro 7 merupakan model terbaharu yang mana ia tampil dengan CPU dan grafik iaitu Intel Core generasi ke-9 yang terbaharu dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX yang terbaru.

Dari segi rekaan rangkanya apabila Nitro 7 didatangkan dengan rangka logam senipis 19.9mm sahaja. Turut disertakan dengan paparan 15.6 inci FUll HD dan kadar refresh rate 144HZ dan sela masa 3ms. Acer turut mengatakan bahawa komputer riba ini mampu betahan selama 7 jam bagi setiap pengecasan penuh.

Acer Nitro 5 diberi kemaskini dengan penggunaan Intel Core generasi ke-9 yang terbaharu. Kad grafik komputer riba ini pula ialah kad grafik NVIDIA GeForce GTX yang terbaru di pasaran.

Sungguhpun ia komputer gaming mampu milik, namun spesifikasinya tetap yang terbaik bagi kelasnya. Dihadirkan dengan bezel yang sangat nipis dan kadar refresh rate 144Hz dan sela masa serendah 3ms pada saiz paparan 15.6 inci dan 17 inci pastinya menjanjikan kepuasan.

 

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here