Acer Perkenal Acer ConceptD 900 Dan ConceptD 500 Beri Sokongan Sehingga 60TB Storan

409
**********

Acer sebentar tadi telah memperkenalkan Acer ConceptD 900 dan ConceptD 500 yang mana ia merupakan peranti yang sangat berkuasa. Dihadirkan dengan CPU Intel Core i9-9900K dan kad grafik NVIDIA Quadro 6000 serta Quadro 4000 yang seringkali digunakan untuk tujuan animasi, CGI ataupun projek kejuruteraan.

Acer ConceptD 900, ia dihadirkan dengan cip Intel Xeon Gold 6148 dan sokongan memori sehingga 192GB DDR4-2666MHz. Bagi sokongan grafik pula ia dihadirkan dengan NVIDIA Quadro RTX 6000, dan juga sokongan storan sehingga 60TB. Bagi Acer 500 pula, ia dihadirkan dengan sokongan paparan sehingga 4 paparan untuk resolusi 5K.

Tarikh ketibaan di pasaran belum lagi diumumkan oleh Acer. Jadi sama-sama kita nantikan!!!

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here