Acer Perkenal Acer Chromebook 714 dan Chromebook 715, Dengan Rekaan Yang Nipis Dan Eksklusif

207
**********

Ekoran daripada sambutan yang luar biasa bagi model Chromebook, Acer telah memperkenalkan 2 lagi peranti baharu di bawah model ini iaitu Acer Chromebook 714 dan Chromebook 715.

Menariknya, kedua-dua peranti ini tampil dengan CPU Intel Core generasi ke-8 dan disertakan dengan memori DDR4 sehingga 16GB dan storan eMMC sebanyak 64GB dan 128GB.

Dari aspek paparan, Chromebook 14 disertakan dengan saiz paparan 14 inci dengan resolusi Full HD 1920×1080 pixel. Manakala Chromebook 715 pula disertakan dengan saiz paparan 15 inci dengan resolusi Full HD 1920×1080 pixel.

Dihadirkan dengan rekaan yang sangat nipis dan mampu bertahan lama sehingga 12 jam pastinya sangat membantu pelajar mahupun individu yang sudah bekerja.

Kedua-dua model ini bakal tiba di pasaran dunia yang mana Acer Cromebook 714 bakal dijual pada harga bermula dari $499 (kira-kira RM2059). Manakala bagi Chromebook 715 pula bakal dijual pada harga $599 (kira-kira RM2472). Jadi sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here