Acer Perkenal 3 Siri Komputer Riba di Bawah Penjenamaan ConceptD, Beri Kelebihan Dalam Multimedia

204
**********

Selain Acer Predator Helios 700, Acer turut memperkenalkan 3 siri komputer riba premium di bawah ConceptD yang memberi fokus kepada individu yang terlibat dalam industri multimedia.

Model yang pertama adalah Acer Concept 9 yang mana ia tampil dengan rekaan engsel Ezel Aero untuk mod paparan berbeza. Ia turut disertakan dengan saiz skrin 17.3 inci dengan turut disokongan pewarnaan 100% Adobe RGB dan ketepatan warna Delta E<1. Ia dijana oleh cip pemproses Intel Core i9 generasi ke-9 dan dengan kad grafik RTX 2080.

Dalam pada itu, Acer ConceptD 5 turut diperkenal dengan rekaan yang sangat nipis. Dihadirkan dengan saiz skrin sebesar 15.6 inci serta sokongan pewarnaan 100% Adobe RGB, selain turut menerima pengesahan Pantone pastinya menjanjikan kepuasan tontonan. Dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core i7 generasi ke-8 serta kad grafik Radeon RX Vega M GL.

Peranti ketiga yang diperkenalkan di bawah penjenamaan ini ialah Acer ConceptD 7. Ia dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core i7 generasi ke-9 dan disertakan dengan kad grafik RTX 2080. Dengan saiz skrin sebesar 15.6 inci UHD dan sokongan pewarnaan 100% Adobe RGB pastinya membuatkan tontonan berada pada tahap yang terbaik.

Pada ketika ini, Acer masih tidak mengumumkan tarikh pelancaran serta harga komputer riba ini. Jadi sama-sama kita nantikan.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here