Maxis Dan McDonald Laksana Kerjasama Beri Senyuman

624
- Iklan -

Hotlink dan McDonald Malaysia telah melaksanakan kerjasama dalam memberikan senyuman kepada rakyat Malaysia dengan memberi ganjaran. Pelanggan yang melawat mana-mana empat Kios Smile4REWARDS istimewa di restoran McDonald’s yang terpilih iaitu McDonald’s Pandu Lalu Bangi, McDonald’s Seksyen 3 Shah Alam, McDonald’s Pandu Lalu Jalan Gopeng, and McDonald’s Pandu Lalu Jalan Tebrau.

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengambil gambar senyuman anda disitu lantas anda akan menerima ganjaran Chocolate Sundae PERCUMA serta-merta dengan sebarang pembelian. Pelanggan Hotlink dan Maxis yang menunjukkan laman tawaran dalam aplikasi Hotlink RED atau MyMaxis mereka apabila membuat penebusan juga akan menerima 4 ketul Chicken McNuggets ® secara percuma.

Lebih menarik, bagi pelanggan yang telah bergambar di Kios Smile4REWARDS akan berpeluang untuk memenangi sepasang tiket penerbangan PERCUMA ke destinasi-destinasi Asia Tenggara. Terdapat hanya 10 pasang tiket penerbangan untuk dimenangi. Pelanggan hanya perlu memuat naik gambar Smile4REWARDS mereka di Facebook dan Instagram dengan hashtag #HotlinkxMcD #Smile4REWARDS.

Apa yang perlu dilakukan bagi mendapatkan ganjaran tersebut:

1. Berdiri menghadap skrin Kios Smile4REWARDS. Tekan Enter untuk mula
2. Letakkan wajah anda di dalam bulatan pada skrin dan senyum!
3. Webcam akan mengambil empat gambar foto anda
4. Pilihlah hanya satu foto kegemaran anda dan simpan
5. Masukkan nombor telefon dan emel anda (foto yang dipilih akan dihantar ke emel anda)
6. Kios akan mencetak baucer McD dan anda akan menerima SMS
7. Tunjukkan baucar di kaunter untuk menebus ganjaran anda
8. Jangan lupa untuk menunjukkan aplikasi Hotlink RED dan MyMaxis juga untuk mendapat lebih lagi ganjaran!

Bagi yang tidak berkesempatan melawat 4 kiosk tersebut, anda masih berpeluang untuk menikmati ganjaran dengan memuat turun tawaran Sundae Cone Besar PERCUMA dari aplikasi Hotlink RED atau MyMaxis, yang boleh ditebus di mana-mana restoran McDonald’s di seluruh negara.

bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang Hotlink .

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here