Acer TravelMate P6 Diperkenal, Jangka Hayat Bateri Selama 20 Jam

320
**********

Acer TravelMate P6 merupakan 1 lagi model baharu yang diperkenal oleh Acer. Menariknya komputer riba ini sangat nipis dan eksklusif. Direka dengan rangka setebal 16.6mm sahaja dan seberat 1.1kg pastinya merupakan antara model yang paling nipis dan ringan keluaran Acer.

Dihadirkan dengan CPU Intel Core generasi kesembilan, memori DDR4 dan juga storan SSD menjanjikan prestasi yang baik. Ia dihadirkan dengan ciri istimewa seperti sokongan untuk sambungan internet mudah-alih LTE dan juga ciri nirwayar NFC untuk proses penghantaran data yang pantas dan mudah.

Lebih mengujakan apabila ia dikhabarkan mempunyai kapasiti bateri yang mampu bertahan selama 20 jam dengan sekali pengecasan penuh.

Bukan itu sahaja, ia turut menerima MIL-STD 810G, yang mempunyai daya tahan sangat baik khususnya menangani hentakan ringan. Sistem keselamatan juga adalah baik apabila ia disertakan dengan pengimbas cap jari IR  dan kamera yang terbina di dalam. Pengguna pasti boleh menggunakan ciri Windows Hello bagi memastikan segala maklumat peribadi dapat dilindungi.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here