Acer Perkenal Komputer Riba Gaming Terbaharu Acer Predator Helios 700 Dan Kemaskini Acer Predator Helios 300

485
- Iklan -

Baru sahaja tadi berlangsung acara di mana Acer memperkenalkan beberapa peranti terbaharu dariapada mereka. Antara yang menjadi tumpuan adalah Acer Predator Helios 700 dan Acer Predator Helios 300.

Acer Predator Helios 700 merupakan sebuah komputer riba gaming yang tampil dengan spesifikasi yang menakjubkan. Dihadirkan dengan CPU Intel Core i9 generasi kesembilan yang terbaru serta memori DDR4 sehingga 64GB. Dalam pada itu ia turut disertakan dengan storan SSD PCIe dan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX sehingga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080. Prestasinya pastinya tidak disangkal lagi, sangat berkuasa.

Lebih menarik, ia turut disertakan dengan ciri baharu iaitu Hyperdrift yang mana papan kekunci boleh digelongsor ke hadapan bagi memaksimakan sistem penyejukan komputer riba ini.

Dalam pada itu, Acer Predator Helios 300  pula disertakan dengan kemaskini yang sangat ketara menerusi spesifikasi dalaman komputer riba ini. Acer Predator Helios 300  dihadirkan dengan CPU Intel Core i7 generasi kesembilan, memori DDR4 dan storan SSD.

Lebih menarik ia menawarkan kad grafik yang pelbagai iaitu NVIDIA GeForce RTX 2070, RTX 2060 dan juga siri kad grafik NVIDIA GeForce GTX yang terbaru.

Acer masih belum mengumumkan harga bagi peranti ini. Jadi sama-sama kita nantikan.

 

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here