Xiaomi Pocophone F2 Tertiris Dengan Skor Geekbench – Snapdragon 855 + Android Q?!

611
**********

Sub jenama Pocophone dari Xiaomi sejak diperkenalkan telah mendapat sokongan penuh dari pengguna mereka, setelah Pocophone F1 menerima sambutan yang bagus kini tersebar di laman sesawang mengenai kehadiran Pocophone F2.

Daripada laman sesawang penanda aras Geekbench, Pocophone F2 diperlihatkan menggunakan cip pemproses Snapdragon 855 berasaskan Android Q. Namun agak pelik adalah sokongan 4GB pada Pocophone F2 jauh berbeza dengan versi sebelumnya iaitu 6GB pada Pocophone F1, di samping skor Single-core 1776 dan Multi-core 6097 juga jauh berbeza sekiranya berbanding dengan peranti yang menggunakan pemproses Snapdragon 855.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi adakah ini spesifikasi rasmi untuk Pocophone F2, kemungkinan banyak lagi info akan tertiris sebelum peranti ini diumumkan.

[ SUMBER]

____________________

Baca Juga:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here