Xiaomi Malaysia Perkenal Mi LED Smart Bulb, Mi Home Security Camera 360° 1080p & Mi Smart Sensor Set – Harga Bermula RM99

218
**********

Seiring pelancaran Redmi Note 7 dan Redmi 7 semalam, Xiaomi turut memperkenalkan
beberapa peranti di bawah penawaran ekosistem pintar mereka iaitu Mi LED Smart Bulb, Mi Home Security Camera 360° & Mi Smart Sensor Set.

💣 Mi LED Smart Bulb – RM 99

Mi LED Smart Bulb mempunyai 16 juta warna yang menakjubkan bersama suhu dan kecerahan warna yang boleh dilaras – pengguna dapat mengawal lampu dari jauh dengan kawalan automatik menerusi aplikasi Mi Home

 

💣 Mi Home Security Camera 360° 1080p – RM 159

Mi Home Security Camera 360° merupakan kamera sekuriti pintar dilengkapi sokongan panggilan dua hala, pengesanan gerakan pintar dan pengguna boleh menerima notifikasi dari jauh apabila mendapati sebarang gerakan. Mempunyai penangkapan video 1080p, kamera ini boleh merakam dan memain semula sebarang momen dalam grafik berkualiti tinggi.

💣 Mi Smart Sensor Set – RM 329

Mi Smart Sensor Set merupakan peranti yang membolehkan anda mengawal sejumlah aktiviti di rumah dengan kawalan automatik menerusi aplikasi Mi Home – membolehkan pengguna menerima notifikasi keselamatan dari jauh apabila gerakan dikesan ketika berada di luar rumah.

Bagi yang berminat, ketiga-tiga peranti ini boleh didapati melalui Mi stores berdekatan. Maklumat lanjut layari, Mi Malaysia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here