vivo X27 & X27 Pro Diperkenal – Rekaan Pop-Up Kamera Dengan Lampu RGB + Sokong Bateri 4,000 mAh

258
**********

vivo terus melebarkan sayapnya menerusi kemunculan model terbaru mereka, vivo X27 & vivo X27 Pro yang dilihat menyajikan rekaan yang anggun bersama spesifikasi kelas pertengahan berkuasa.

Vivo X27

vivo X27 menampilkan rekaan skrin penuh bersaiz 6.39 inci FHD+ Super AMOLED bersama bezel nipis. Dari segi kamera, X27 membawakan kamera Selfie ‘Pop-Up sebesar 16MP dengan lampu RGB terbina dalam 6 warna berbeza pada sisi lensa. Lensa utama, ia dilengkapi tiga kamera : 48MP (Sony IMX586) + 13MP (Ultra Wide-angle) + 5MP (Depth).

Model ini tersedia dalam dua varian berbeza iaitu versi cip pemproses Snapdragon 675 SoC bersama memori 8GB RAM + 128GB ROM dan versi Snapdragon 710 dengan  8GB + 256GB. Melengkapinya, bateri 4000mAh bersama vivo FlashCharge 22.5W dan menjalankan sistem operasi FunTouch OS 9 berasaskan Android 9.0 Pie.

 

vivo X27 Pro

vivo X27 Pro pula hadir dengan saiz badan yang lebih besar. Model ini dipadankan dengan paparan bersaiz 6.7 inci FHD+ dan dibina dengan kamera selfie ‘Pop-Up 32MP bersama Dual Tone LED Flash. Kamera swafotonya juga memiliki jalur LED RGB yang sama seperti vivo X27.

Dalaman peranti ini dikuasakan oleh Snapdragon 710 SoC diiringi memori 8GB RAM + 256GB ROM. Peranti ini juga membawakan sokongan tiga kamera utama : 48MP (Sony IMX586) + 13MP (Ultra Wide-angle) + 2MP (Night Vision Sensor). Melengkapinya, bateri 4000mAh bersama vivo FlashCharge 22.5W dan menjalankan sistem operasi FunTouch OS 9 berasaskan Android 9.0 Pie.

Kedua-dua model ini ditawarkan di pasaran China pada harga berikut :

  • vivo X27 (Snapdragon 675 – 8GB + 128GB) : CNY3,198 (kira – kira RM1,942)
  • vivo X27 (Snapdragon 710 – 8GB + 256GB) : CNY3,598 (kira – kira RM2,185)
  • vivo X27 Pro (Snapdragon 710 – 8GB + 256GB) : CNY3,998 (kira -kira RM2,428)

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here