vivo Catat Peningkatan Jualan Telefon Pintar Sebanyak 60% – Cipta Rekod Baru

317
**********

Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada vivo!

vivo mencatatkan peningkatan jualan telefon pintar berganda menerusi pelancaran model vivo V15 pro – sekaligus mencatatkan peningkatan 60% berbanding jualan siri V11 sebelum ini.

Pra pesanan dan jualan secara atas talian untuk model V15 Pro juga masing-masing meningkat sebanyak 75% dan 48%. Lonjakan peningkatan ini jelas menyaksikan vivo kini mencapai skala terbaik dalam menetapkan rekod baru untuk telefon pintar mereka.

Sekitar vivo SuperDay Sale di Sunway Pyramid – 2 Mac 2019

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu berkata vivo kini berada dalam kedudukan kukuh dan ia jelas dilihat dalam peningkatan jualan berganda yang digapai berbanding sebelumnya. Tambah beliau, kejayaan ini merupakan hasil pelaksanaan strategi dan usaha vivo yang sistematik serta komited dalam memastikan nilai kualitinya.

Pembeli Pertama vivo V15 Pro

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada vivo! Bagi yang berminat, vivo V15 Pro tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Topaz Blue dan Coral Red pada harga RM1,799. Jadi, jangan lupa get yours now hari ini juga okay!

______________________________________________________________

Artikel Berkaitan : 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here