Video Penggoda Baru Siri HUAWEI P30 Dedah Kehebatan Fotografi Malam

277
**********

HUAWEI kini bersiap sedia untuk melepaskan siri HUAWEI P30 yang mana dijadualkan pada 26 Mac 2019. Perincian mengenainya juga telah banyak tertiris. Malah, HUAWEI sendiri sering kali mengacah ciri menariknya melalui Weibo dari semasa ke semasa.

Terbaru, HUAWEI dilihat menambahkan lagi keterujaan apabila muncul dengan video penggoda mendedahkan kehebatan prestasi fotografi pencahayaan rendah pada siri HUAWEI P30.

 

Melalui video pendek tersebut, jelas mempelihatkan kehebatan fotografi pada pencahayaan rendah sangat baik. Malah, ia dilihat berjaya menyampaikan imej berkualiti dengan butiran lebih baik walaupun di malam hari. Menurut CEO HUAWEI, Richard Yu peranti tersebut mampu menyerlahkan keindahan sebenar malam.

[SUMBER] , [SUMBER1]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here