Tertiris Reka Bentuk iPhone XI Max?! Macam Kenal Je…

336
**********

Ketirisan reka bentuk iPhone XI tular di media sosial sejak awal bulan tahun 2019, kini tersebar lagi sebilangan gambar acah iPhone XI Max yang mempunyai rekaan segi empat (susunan 2 x 2) seperti mana tersedia pada siri Huawei Mate 20.

Menurut sumber, iPhone XI Max walaupun menyerupai iPhone XI yang dikhabarkan sebelum ini, tetapi saiz ukurannya lebih besar dan terdapat banyak peningkatan pada perkakasan, seperti kamera selfie beresolusi 11MP dan 3D Touch ID.

Lebih menarik lagi, kamera utama iPhone XI Max menggunakan rekaan segi empat bersama 3 sensor yang masing-masing terdiri daripada 14MP + 10MP + 7MP, di samping menyokong teknologi OIS dan rakaman 4K.

Bahagian takuk pada skrin 40% lebih kecil berbanding model sebelumnya, hadir dengan pilihan warna hitam, merah, ungu dan coklat. Penggunaan warna ini lebih menyerupai versi peningkatan bagi iPhone XR.

Walaunpun gambar ini kelihatan tidak boleh dipercayai, namun masih boleh dijadikan rujukan untuk generasi iPhone yang seterusnya.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here