Tawaran Kerjasama Eksklusif Samsung Dengan Shopee – Memperkenalkan Peranti Berkapasiti 5,000mAh Galaxy M20 Berharga RM799

367
**********

Samsung Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan kerjasama eksklusif bersama Shopee dalam memperkenalkan Galaxy M20, peranti eksklusif atas talian yang dijual pada harga RM799.

Galaxy M20 merupakan peranti pertama dari siri Galaxy M yang diperkenalkan di Malaysia, dan akan dilancarkan di platform Shopee sempena Samsung’s Super Brand Day pada 20 Mac 2019. Disertakan dengan Android 8.1 (Oreo) dan cip pemproses Exynos 7904 Octa-core 1.8GHz, Galaxy M20 dibekalkan dengan 4GB RAM dan storan dalaman 64GB di samping menyokong kad microSD sehingga 512GB.

Apa yang menjadikan Galaxy M20 menarik adalah bateri berkapasiti 5,000mAh, ciri pengurusan kuasa pada peranti ini mempunyai sistem teknologi multi-layered yang memastikan penggunaan kuasa yang lebih rendah. Tambahan lagi pengecasan Type-C menjaminkan kelajuan 3X berbanding dengan pengecasan biasa.

Selain bateri yang besar, Galaxy M20 menawarkan paparan skrin 6.3 inci FHD+ Infinity-V yang mana ia adalah teman ideal untuk menonton video, melayari laman sesawang, bermain permainan video dan banyak lagi.

[ Baca Juga: 14 Tips Wajib Tahu Pada Samsung Galaxy S10+, Wow Giler!!! ]

Ia dikuasakan oleh cip pemproses Exynos 7904 Octa-core terbaru, prestasi kelajuan rangkaian, multitasking lancar dan penggunaan kuasa yang lebih rendah turut dapat dipertingkatkan. Sistem keselamatan pada peranti ini disokong oleh pengimbas cap jari dan Face Unlocking.

Jika dilihat dari aspek kamera, Galaxy M20 disertakan dengan dwi-kamera utama 13MP + 5MP (f/1.9 + f/2.2) serta 8MP (f/2.0) kamera hadapan. Sokongan Ultra-wide angle membolehkan anda merakam gambar potret yang lebih luas selain pemandangan atau gambar berkumpulan tanpa masalah.

Galaxy M20 ditawarkan pada dua pilihan warna iaitu Charcoal Black dan Ocean Blue, 1000 pelanggan pertama akan menerima percuma Logitech X50 + JBL T450 yang bernilai RM227, sementara 2000 pelanggan seterusnya akan mendapat percuma Logitech X50 yang bernilai RM98. Menarik lagi, 100 pelanggan pertama juga boleh mendapat kupon tunai RM100.

Yang berminat jangan ketinggalan peluang ini, langgani pada 20 Mac 2019 di Shopee tau!

____________________________________

Baca juga:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here