Tak Payah Bayar RM5K, Guna HUAWEI P30 Pun Boleh Rakam Gambar Kahwin Dengan Cantik…

580
**********

Menjelang bulan Mac sahaja ramai pengeluar peranti pintar telah melancarkan pelbagai peranti flagship, semuanya lebih memfokuskan pada peningkatan prestasi penggambaran. Sama seperti HUAWEI, siri P30 yang bakal dilancarkan 26 Mac ini memperlihatkan kehebatan penggambaran yang unggul.

Kini, mereka terus membuktikan kehebatannya menerusi foto pra perkahwinan pelakon jelita Fasha Sandha bersama pasangannya Aidil Aziz. Gambar tersebut dikongsi sendiri oleh Fasha di Instagram miliknya, dan jelas nampak ia diambil dengan HUAWEI P30.

Menerusi perkongsian tersebut, gambar itu diambil pada jarak fokus yang berbeza – daripada jauh ke jarak yang sangat dekat.

Selepas diteliti, walaupun gambar di ambil pada jarak fokus sangat jauh, namun sulaman bunga pada gaun, cincin, anting-anting dan crown pada Fasha masih dapat dilihat dengan jelas di samping keperincian imej yang tajam pada setiap sudut.

Pada masa sama, kualiti yang terhasil berada di tahap sangat terbaik dengan memberi butiran imej yang sempurna. Sangat menarik, bukan?

Tidak dapat dinafikan, keupayaan zoom dengan penggambaran terbaik ini adalah sesuatu yang kita boleh harapkan daripada siri HUAWEI P30. Bekerjasama dengan Leica untuk empat tahun berturut-turut, HUAWEI memang sentiasa terkenal dengan keupayaan kamera yang cemerlang.

Ini dapat dikukuhkan apabila HUAWEI P20 Pro dan Mate 20 Pro turut menduduki tempata paling atas sekali dalam tanda aras DxOMark, yang mana mencapai skor 109. Selain itu, CEO HUAWEI iaitu Richard Yu juga pernah berkongsi sampel gambar  bulan dengan butiran tajam dan ia dipercayai diambil dari Huawei P30 Pro.

Jadi dengan adanya pendedahan ini, kita mempunyai sebab yang kukuh untuk percaya bahawa HUAWEI P30 boleh mengezum imej tanpa menjejaskan kualiti gambar. Bertemakan “Rewrite the Rules”, sama-sama kita tunggu kejutan yang bakal dibawa HUAWEI pada 26 Mac ini!

 

#Advertorial dari HUAWEI Malaysia

________________________

Artikel Berkaitan:

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here