Samsung Tambah Saluran Penjualan Galaxy M20, Kini Tersedia Di Laman Sesawang Samsung

327
**********

Seperti yang diketahui oleh umum, Shopee telah dilantik secara rasmi menjadi penjual Galaxy M20 yang dijual secara eksklusif menerusi atas talian. Kini, saluran pembelian atas talian telah ditambah oleh Samsung menerusi laman sesawang Samsung malaysia yang mana ia ditawarkan di Stor Online Samsung Malaysia.

Pembelian Galaxy M20 di atas talian tersebut menawarkan harga RM799 dan pembeli akan menerima hadiah percuma iaitu pembesar suara Bluetooth, Logitech X50 bernilai RM98 (sementara stok masih ada).

Samsung Galaxy M20 disertakan dengan cip pemproses Exynos 7904 8-teras 14nm. ia turut hadirkan dengan RAM 4GB dan storan 64GB. Paparannya juga adalah sangat menarik apabila ia didatangkan dengan skrin Infinity-V, paparan TFT bertakuk kecil V, berukuran 6.3-inci dengan resolusi HD Penuh+.

Galaxy M20

Kameranya juga turut tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan 8MP (F2.0) bagi kamera hadapan dan 13MP (F1.9) + 5MP bagi kamera utama.

Pengimbas cap jari juga turut tersedia di bahagian belakang. Apa yang unik mengenai peranti ini adalah kapasiti baterinya kerana ia disertakan dengan 5000mAh (port USB-C) dan menyokong pengecasan pantas 15W.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here