Samsung Mengesyorkan Pengguna Samsung Galaxy S10 Guna Pengimbas Cap Jari Ultrasonik Untuk Lebih Selamat

169
**********

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila netizen mula berkongsi mengenai sistem pengecaman wajah pada Samsung Galaxy S10 didakwa tidak selamat digunakan. Ia berikutan terdapat laporan mendakwa sistem pengecaman wajah pada Galaxy S10 mudah ditipu menggunakan foto ataupun video si pemilik.

Ekoran itu, Samsung tampil membuat kenyataan bagi menjelaskan situasi ini. Memetik laporan Techradar, Samsung berkata fungsi pengecaman wajah adalah bagi membantu pengguna mengakses peranti mereka secara lebih mudah dan pantas.

Untuk lebih selamat dan rasa terjamin, Samsung mengesyorkan agar pengguna menggunakan sistem imbasan cap jari ultrasonik tertanam pada skrin. Tambahan pula, sistem imbasan cap jari ultrasonik pada Galaxy S10 juga telah diperakui oleh FIDO Alliance sebagai memenuhi piawaian diiktiraf di peringkat global untuk prestasi pengiktirafan biometrik.

[SUMBER]

__________________________________________________________________

Artikel Berkaitan : 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here