Review Eksklusif: OPPO F11 Pro, Prestasi Terbaik Tanpa Mengira Situasi!!!

OPPO telahpun melancarkan peranti pintar terbaharunya iaitu F11 Pro hari ini dengan tawaran harga RM1,399. Dengan keupayaan yang dimiliki oleh peranti ini khususnya pada waktu malam, pastinya akan membuatkan anda tidak senang duduk untuk memiliki peranti ini!!!

#Spesifikasi

Siapa kata dengan harga yang berpatutan tidak mampu untuk mendapatkan spesifikasi yang terbaik. OPPO F11 Pro telah membuktikannya. Dengan disertakan pemproses Media Tek Helio P70 dan sistem operasi ColorOS 6 (Berdasarkan Android 9.0 Pie) menjanjikan kelancaran penggunaan.

Antara muka OPPO F11 Pro

Dalam pada itu ia turut disokong oleh memori dan storan yang besar iaitu 6GB + 64GB membuatkan anda berasa selesa tatkala menggunakannya. Berikut adalah spesifikasi penuh peranti ini:

Spesifikasi

OPPO F11 Pro

Sistem Operasi (OS)

ColorOS 6 (Berdasarkan Android 9.0 Pie)

Pemprosesan

Media Tek Helio P70

Memori / Storan

6GB

64GB

Paparan

6.5 inci FHD+ (2340 x 1080)

Bateri

4000mAh

VOOC Flash Charge 3.0

Kamera Utama

48MP + 5MP

Kamera Hadapan

16MP

#Rekaan Yang Menawan

Jika kita lihat, rekaan OPPO F11 Pro ini sangat menarik dan menawan dengan varian warna yang unik iaitu Thunder Black (3 Gradient warna) dan Aurora Green(2 gradient warna).Berikut adalah rupa paras peranti ini dari setiap perspektif.

Dalam pada itu, disebabkan peranti ini disertakan dengan Rising Camera, ia memberikan paparan penuh pada skrin iaitu sebesar 6.5 inci FHD+ dengan nisbah skrin-ke-kerangka yang mencapai 90.9%. Pasti anda puas dengan skrin peranti ini.

 

#Rising Camera

Menariknya peranti ini disertakan dengan rekaan Rising kamera yang mana ia merupakan sebuah pop up kamera hadapan beresolusi 16MP yang tersembunyi. Kedudukan yang terletak di tengah-tengah bahagian atas peranti ini memberikan ketepatan pada rakaman gambar dan menjadikan swafoto anda lebih natural. Anda boleh merakam gambar potrait menggunakan kamera hadapan. Selain merakam gambar, kamera hadapan ini juga boleh merakam gambar dalam mode Pano dan Time lapse.

 

#Kamera Utama

OPPO juga tidak mahu ketinggalan dalam menghasilkan peranti yang mempunyai kamera yang terbaik. Jadi tidak hairanlah, kamera utama peranti ini disertakan dengan lensa 48MP + 5MP pastinya akan menghasilkan imej yang sangat baik, tambahan lagi keupayaan light sensing yang dipertingkatkan juga mampu memberi hasil penggambaran malam yang cukup menarik walaupun anda berada dalam keadaan low light. Terdapat beberapa mode dalam kamera ini antaranya Night, Pano, Expert, Time-Lapse, Slo-Mo dan Google Lens.

Dengan sokongan lensa 6P hasil gambar akan menjadi lebih jelas, bahkan jumlah cahaya yang masuk menerusi lensa pun dapat dipertingkat sekaligus membenarkan rakaman dalam situasi low light dapat dilakukan dengan baik.

Menariknya lagi, anda juga boleh menggunakan google lens untuk mengetahui tentang sesuatu item dengan hanya menggunakan kamera peranti ini.

Berikut merupakan beberapa hasil gambar bagi peranti ini:

[Klik untuk melihat lagi hasil gambar]

#Bateri

Pastinya dengan penggunaan telefon pintar pelbagai guna ini memerlukan kapasiti bateri yang besar agar ia mampu bertahan lama. Justeru OPPO telah melaksanakan pembaharuan. Keupayaan mengecas peranti ini sudah dipertingkatkan menerusi VOOC Flash Charge 3.0. Dengan kapasiti bateri sebesar 4,000mAh memastikan anda tidak mempunyai sebarang gangguan ketika menggunakan F11 Pro.

Kami telah melakukan ujian pengecasan terhadap peranti ini dan hasilnya tidak mengecewakan. Kami telah mengecas peranti ini ketika ia berada pada 10% pada jam 3.27 petang. Ia mengambil masa hanya selama 1 jam untuk dicas penuh iaitu pada jam 4.27 petang.

#Hyper Boost

Satu lagi kelebihan pada F11 Pro semestinya teknologi Hyper Boost. Kelancaran peranti dapat dibuktikan dengan peningkatan yang ketara, sebagai contoh akses kepada aplikasi Facebook 31% lebih pantas berbanding peranti lain. Begitu juga ketika bermain game, kawalan akan lebih lancar tanpa lag pada grafik yang tinggi. Secara langsung ia memberikan pengalaman bermain game yang sempurna kepada pengguna.

#Game Space

Ini 1 lagi perkara yang menarik perhatian editor. Aplikasi ini direka khas oleh OPPO bagi menguruskan permainan mudah alih pada peranti supaya lebih kemas dan mudah dicari, ia mampu menyimpan sehingga 50 permainan dalam satu tempat.

Menerusi Game Space, anda boleh mengoptimumkan pengalaman bermain game kegemaran anda dengan memberi kelancaran ketika bermain. Jadi tiada sebarang lag ketika mengawal permainan anda. Pengguna yang menggunakan peranti ini untuk bermain game pastinya mudah untuk menggunakannya.

Pada masa yang sama, ia memberi perlindungan rangkaian yang mana ia menghalang rangkaian mengakses aplikasi di latar belakang bagi mengelakkan sebarang gangguan. Anda juga boleh menghalang panggilan masuk ketika bermain game supaya tiada gangguan. Menariknya anda boleh mengawal penggunaan bateri menerusi Low Power Consumption Mode.

#Ujian 

Kami telah menguji peranti ini menggunakan AnTuTu Benchmark dan Geekbench 4. Hasil daripada ujian ini menunjukkan ia berada pada prestasi yang terbaik dalam kelasnya. Berikut adalah hasil ujian ini:

  • AnTuTu Benchmark

  • GeekBench 4

#Apa kata  Editor

Adakah ia wajar untuk dimiliki? Sudah pasti. Jika anda seorang pengguna yang sering tidak mahu terlepas merakam gambar walaupun anda berada dalam situasi low light, pastinya berbaloi untuk anda miliki. Ia juga mempunyai hasil gambar pada waktu siang yang sangat cantik. Dengan ketersediaan hyper boost ini pastinya dapat melancarkan peranti ini. Pengalaman bermain game juga sangat baik pada peranti ini khususnya apabila anda tidak menghadapi sebarang masalah mengenai daya tahan baterinya. Semua yang anda perlukan ada pada peranti ini!!!

____________________________

Baca juga:

 

 

You might also like