Reka Bentuk Dan Spesifikasi HUAWEI Nova 4e Terdedah Sebelum Pelancaran Rasmi

386
**********

HUAWEI Nova 4e dijadualkan bakal diperkenal secara rasmi dalam sebuah acara pelancaran yang dijadualkan berlangsung pada 14 Mac ini di China. Menjelang pelancaran, nampaknya semakin banyak butiran terdedah mengenainya.

Maklumat tertiris mendedahkan Nova 4e bakal datang dalam tiga warna iaitu Pearl White, Magic Night, dan Garnet Blue. Soal reka bentuk, ia dijangka hadir dengan paparan skrin bertakuk kecil, tiga kamera utama dan pengimbas cap jari pada belakang peranti.

Maklumat mengenai spesifikasi penuh masih belum dikongsi. Namun, sebelum ini terdapat ketirisan maklumat mengatakan ia mungkin menggunakan paparan bersaiz 6.15 inci dengan resolusi (1080 x 2312). Dijana cip pemproses Kirin 710 dengan dua pilihan storan iaitu 4GB RAM + 128GB dan 6GB RAM + 128GB.

Untuk penggambaran, Nova 4e dijangka memiliki ketersediaan sistem tri-kamera dengan gabungan lensa 24MP + 8MP + 2MP dan kamera swafoto beresolusi 32MP. Melengkapinya juga adalah bateri berkapasiti 3,240 mAh bersama sokongan pengecasan pantas.

Walau bagaimanapun, maklumat tertiris masih lagi rumors dan untuk mengetahui lebih lanjut, sama -sama kita nantikan kemunculan rasminya. Kekal bersama eRing untuk info terkini!

[SUMBER]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here