Redmi Note 7 Mendarat! 48MP + 5MP Kamera Harga Bermula RM679

347
**********

Sekian lama mengacah, hari ini Redmi secara rasminya melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Redmi Note 7 untuk pasaran Malaysia. Lebih mengujakan apabila peranti ini ditawarkan pada kadar harga yang sangat mampu milik iaitu bermula RM679 seunit.

Redmi Note 7 membawakan rekaan moden diperbuat daripada kaca premium bersama logo Redmi di belakang. Ia menampilkan rekaan takuk kecil dipanggil, “Dot Drop” dengan skrin 6.3″ IPS LCD FHD+ (2340×1080) – Corning Gorilla Glass 5 sebagai perlindungan utama.

Ia dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 660 AIE dan dibantu memori 3GB/4GB RAM bersama pilihan storan 32GB/64GB/128GB. Kapasiti bateri adalah 4,000mAh (USB Type-C) bersama sokongan Quick Charge 4.0. Redmi Note 7 menggunakan MIUI 10 berasaskan Android 9.0 Pie.

Dari segi penggambaran, Redmi Note 7 dilengkapi ketersediaan dwi kamera utama dengan lensa 48MP (f/1.8) + 5MP (f/2.2) serta kamera swafoto 13MP. Kedua-dua kamera ini ditanam sokongan teknologi AI antaranya AI Beautify, AI Portraits dan AI Scene detection.

Redmi Note 7 hadir dengan dimensi 159.2 x 75.2 x 8.1mm bersama berat 186g. Peranti ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Neptune Blue, Nebula Red dan Space Black. Bagi yang berminat, boleh beli dengan tawaran harga RM679 bagi versi 3GB + 32GB ROM, RM799 bagi versi 4GB + 64GB ROM dan RM949 bagi versi 4GB + 128GB ROM.

Jualan pertama bermula pada 27 Mac 2019, lebih mengujakan Redmi turut menawarkan jaminan 18 bulan untuk peranti ini.

[ BACA JUGA: Redmi 7 Rasmi Dengan Harga Bermula RM499 ]

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here