Redmi Note 7 Disertakan Dengan Waranti Sehingga 30 Bulan Menerusi LazadaCare Plus

372

Nampaknya Redmi dilihat menjaga keperluan pelanggan dengan menawarkan waranti selama 18 bulan bagi peranti Redmi Note 7. Kini Lazada juga menawarkan tambahan setahun hingga 2 tahun waranti dengan LazadaCare Plus apabila anda membeli peranti tersebut di laman rasmi Mi Store di Lazada.

LazadaCare Plus memberikan waranti yang dilanjutkan bagi beberapa peranti terpilih yang dibeli menerusi laman sesawang telefon pintar, tablet dan barangan LazMall.

Hal ini menyaksikan pelanggan akan menerima 18 bulan waranti yang didatangkan dengan redmi Note 7 dan mereka juga menerima waranti tambahan 1 hingga 2 tahun selepas waranti 18 bulan tersebut berakhir.

Untuk maklumat, LazadaCare Plus melindungi kerosakan kemalangan termasuklah retak pada skrin dan lensa atau kerosakan cecair, elektrikal dan mekanikal. Penggantian produk turut tersenarai dalam aspek yang dilindungi sekiranya kos pembaikan adalah melebihi daripada harga telefon itu sendiri.

Sekiranya peranti tersebut tiada, maka anda wang anda akan dipulangkan semula dalam bentuk Store Credit. LazadaCare Plus juga boleh dituntut di mana-mana Xiaomi local contact center. Redmi Note 7 tersedia di Lazada Mi Store secara eksklusif pada 27 Mac.

________________________

Baca juga:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here