Redmi Note 7 Bakal Mendarat Di Malaysia Pada 19 Mac 2019

323
**********

Sebelum ini kami pernah berkongsi artikel mengenai Redmi Note 7 dilihat telah memasuki pangkalan data SIRIM dan bermakna bahawa Redmi juga bakal melancarkannya di pasaran tempatan.

[BACA : Redmi Note 7 Bakal Mendarat Di Malaysia Pada 19 Mac 2019! ]

Ekoran keterujaan itu, Redmi hari ini menyampaikan berita baik dengan mengumumkan bahawa peranti tersebut bakal tiba secara rasmi di Malaysia pada 19 Mac ini! Perkara itu juga didedahkan menerusi Facebook rasmi mereka sebentar tadi.

Seperti telah diketahui, Redmi Note 7 menggunakan cip pemproses Snapdragon 660 sebagai tunjang utama, MIUI 10 berasaskan Android 9.0 Pie, bateri 4000 mAh bersama Quick Charge 4.0 dan keupayaan kamera utama 48MP.

 I  Spesifikasi Redmi Note 7 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here