Redmi 7 Bakal Diperkenalkan Di China Pada 18 Mac 2019

526
- Iklan -

Rasmi! Redmi 7 bakal diperkenalkan kepada umum pada 18 Mac ini dalam sebuah acara pelancaran berlangsung di China. Perkara itu didedah sendiri oleh CEO Redmi, Lu Weibing menerusi perkongsian poster pelancaran model tersebut di laman Weibo.

Memetik poster penggoda, ia dilihat mempunyai rekaan takuk kecil, dwi-kamera utama dan pengimbas cap jari pada panel belakang. Ketirisan maklumat juga mengatakan Redmi 7 dijangka dilengkapi paparan IPS LCD 6.2 inci dan terdapat dalam 3 varian iaitu: 2GB RAM + 16GB, 3GB RAM + 32GB dan 4GB RAM + 64GB.

Kamera utama adalah 12MP + 5MP dan kamera selfie 8MP. Terdapat juga bateri 3,900 mAh. Spesifikasi penuh masih tidak diketahui dan maklumat tertiris masih lagi rumors. Sama -sama kita nantikan kemunculan rasmi.

[SUMBER]

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here