Redmi 7 Rasmi Dengan Harga Bermula RM499 – Sokong Snapdragon 632 + Dwi Kamera 12MP + 2MP + 4000mAh

538

Selain Redmi Note 7 yang dinanti-nantikan diperkenalkan di pasaran tempatan, dalam pelancaran yang sama juga pihak Redmi telah memperkenalkan Redmi 7, peranti yang baru sahaja dirasmikan di China semalam.

Redmi 7 adalah peranti yang difokuskan pada kelas permulaan, di mana ia dijana Snapdragon 632 bersama pilihan RAM 2GB/3GB, manakala ruangan dalaman adalah 16GB atau 32GB. Kapasiti bateri sebesar 4,000mAh dibekalkan pada paparan skrin Dot Drop yang berukuran 6.26 inci LCD dari TUV Rheinland, di samping sokongan nisbah 19:9 HD+ dan Corning Gorilla Glass 5.

Dikategorikan dalam pasaran permulaan, Redmi 7 hadir bersama dwi-kamera 12MP + 2MP dan kamera hadapan 8MP di bawah sokongan teknologi AI.

Peranti MIUI 10 yang berasaskan Android Pie ini dijual pada harga RM499 bagi versi 2GB + 16GB, manakala RM599 bagi versi 3GB + 32GB, ketersediaan mulai 27 Mac 2019 dan terdapat tiga pilihan warna iaitu Comet Blue, Eclipse Black dan Lunar Red.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here