Realme 3 Bertemu Pengguna Tempatan Pada 21 Mac 2019!

439
**********

Realme membawakan berita gembira apabila mengesahkan bahawa pewaris baharu mereka iaitu Realme 3 bakal bertemu pengguna tempatan pada 21 Mac 2019, dan kami juga telah pun menerima kad jemputan daripada pihak Realme.

Realme 3 hadir dengan rekaan rekaan takuk kecil bersama skrin berukuran 6.2 inci HD+ (1520 x 720 piksel) dan menggunakan Gorilla Glass 3 sebagai pelindung utama. Ia dijana oleh cip pemproses Mediatek Helio P70 (12nm) dengan pilihan memori 3GB RAM + 32GB ROM atau 4GB RAM + 64GB ROM.

Untuk kamera, peranti ini hadir dengan kamera utama 13MP (f/1.8) + 2MP (lensa kedalaman) dan lensa swafoto 13MP (f/2.0). Uniknya kamera Realme 3 adalah ia disertakan beberapa rakaman menarik termasuklah mod Nightscape untuk penggambaran malam dan Chroma Boost yang berupaya menjanjikan fungsi HDR lebih baik.

Melengkapinya, bateri 4,230 mAh melalui port microUSB,  menggunakan antaramuka ColorOS 6.0 berasaskan Android 9.0 Pie dan tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Dynamic Black, Radient Blue dan Black.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here