Realme 3 Kini Tiba Secara Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM599

363
**********

Realme akhirnya memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Realme 3 secara rasminya di pasaran tempatan. Peranti ini dilihat telah hadir dengan spesifikasi yang pastinya memenuhi pengguna masa kini bersama harga mampu milik.

Realme 3 membawakan rekaan skrin bertakuk kecil dikenali sebagai “Dewdrop” bersama paparan berukuran berukuran 6.2 inci HD+ (1520 x 720 piksel) – terdapat  Gorilla Glass 3 sebagai pelindung utama.

Enjin telefon pintar ini dikuasakan oleh cip pemproses Mediatek Helio P60 (12nm) dan disertakan dengan pilihan dua varian memori iaitu 3GB RAM + 32GB ROM / 4GB RAM + 64GB ROM. Ia menggunakan menggunakan antaramuka ColorOS 6.0 berasaskan Android 9.0 Pie.

Untuk kamera, Realme 3 ditanam dengan dengan kamera utama 13MP (f/1.8) + 2MP dan lensa swafoto 13MP. Menariknya, kamera Realme 3 disertakan sejumlah mod menarik : Nightscape untuk penggambaran malam dan Chroma Boost yang berupaya menjanjikan fungsi HDR lebih baik.

Untuk bateri pula, ia dilengkapi bateri berkapasiti 4,230 mAh melalui port microUSB dan tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Dynamic Black, Radient Blue dan Classic Black. Bagi yang berminat, Realme 3 ditawarkan pada harga berikut dan ketersediaan bermula 6 April 2019 :

  • Realme 3 (3GB RAM + 32GB ROM) – RM 599
  • Realme 3 (4GB RAM + 64GB ROM) – RM 699

Bagi menambah keterujaan ramai, Realme memaklumkan mereka bakal mengadakan jualan kilat Lazada pada 27 Mac 2019, 12 pagi dan menawarkan jualan Realme 3 (3GB + 32GB) dengan hanya RM549 sahaja. Mark your calendar geng!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here