Pra-Tempahan Vivo V15 Dibuka Pada 16 Mac Dan Mula Dijual Pada 23 Mac

377
**********

Peranti terbaharu daripada Vivo iaitu Vivo V15 kini telah tersedia untuk pra-tempahan bermula 16 Mac dan mula tersedia secara rasmi pada 23 Mac 2019 iaitu pada Superday Sale yang bakal berlangsung di Pusat beli belah One Utama.

Dari aspek rekaan, ia persis V15 Pro yang mana saiz paparan juga sama dan menggunakan pop up kamera 32MP. Storan pula ialah 128MP dan 6GB RAM. Kapasiti bateri juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan 4000mAh.

Apa yang berbeza berbanding V15 Pro ialah peranti ini tidak menggunakan pengimbas cap jari pada skrin tetapi ia diletakkan di bahagian belakang. Aspek kamera juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan 48MP sama seperti V15 Pro. Dari aspek dalaman pula, ia disertakan dengan cip pemprosesan Helio P70.

Harga bagi peranti ini masih belum diketahui. Jadi sama-sama kita nantikan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut anda bolehlah melayari laman sesawang Vivo Online Store.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here