Perkara Yang perlu Anda Tahun Mengenai Caj Pembatalan perkhidmatan Grab!!!

212
**********

Sejak beberapa hari lalu, pengguna aplikasi Grab dikejutkan dengan Grab malaysia akan memperkenalkan caj pembatalan perkhidmatan iaitu pelanggan Grab akan dikenakan caj sebanyak RM3 hingga RM5 jika melakukan pembatalan selepas 5 minit pemandu Grab menerima tempahan.

Berikut merupakan dua situasi berlaku yang membolehkan caj ini dilaksanakan:

  • Pembatalan tempahan oleh pelanggan selepas 5 minit pemandu menerima tempahan
  • Pelanggan tidak hadir 5 minit di lokasi yang telah ditetapkan

Kaedah pembayaran caj ini boleh dilaksanakan menerusi 2 kaedah. Yang pertama bayaran tunai, iaitu pelanggan perlu membayar yuran pembatalan perkhidmatan grab yang seterusnya. Kedua ialah pembayaran kad kredit atau GrabPay yang mana ia akan dipotong secara terus.

Dalam pada itu, Grab turut memberitahu bahawa pembatalan selepas 5 minit yang pertama tidak akan dicaj. Sekiranya bayaran tambang adalah tidak munasabah, mereka boleh membuat laporan dan sekiranya alasan tersebut adalah munasabah, maka bayaran akan dipulangkan semula.

Berikut merupakan caj yang akan dikenakan mengikut pengkhususan:

  • GrabCar, GrabShare, JustGrab, GrabTaxi, GrabAirport, GrabMandarin : RM3
  • GrabCar, GrabShare, JustGrab, GrabTaxi, GrabAirport, GrabMandarin (6-10 orang) : RM4
  • GrabPremium, GrabLuxe : RM5

Caj yang dibatalkan itu akan terus dimasukkan ke dalam akaun pemandu yang dibatalkan. Selain itu, pemandu yang membatalkan tempahan pula, Grab akan membayar balik pengguna pada kadar yang sama jika terdapat pemandu-pemandu yang sering membatalkan tempahan.

Tindakan disiplin seperti penggantungan ataupun melarang terus pemandu-pemandu tersebut daripada memandu untuk Grab akan dilaksanakan.

Caj pembatalan ini akan mula dikuatkuasakan pada 25Mac ini.

______________________

Baca juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here