Pembukaan Rasmi Harman Studio Di Sunway Geo Avenue – Studio Terbesar Tawarkan Konsep Gaya Hidup Eksklusif

775
(Empat dari kiri) Duta Harman Malaysia, Alif Satar bersama merasmikan pembukaan Harman Studio

Dikenali sebagai jenama audio terkemuka dalam menawarkan produk audio yang berkualiti, Harman hari ini telah membuka studio pertama mereka secara rasmi di Sunway Geo Avenue. Studio ini menempatkan ruang pameran dan dua tingkat berkeluasan lebih daripada 3,000 kaki persegi, menjadi yang terbesar di Malaysia.

Studio ini menawarkan pengguna solusi audio Harman yang serba lengkap dan juga produk baharu mereka yang terdiri daripada JBL, Harman Kardon, Mark Levinson, Lexicon dan Revel.

Konsep gaya hidup eksklusif adalah misi utama studio ini diadakan, supaya pengunjung dapat merasai sendiri gaya hidup Harman yang dijelmakan semula oleh pembesar suara mudah alih serta fon kepala Harman. Selain itu, mereka juga dapat menyesuaikan diri dengan konsep rumah Harman yang dimeriahkan oleh bar bunyi, teater rumah dan ruang audio mewah.

Sempena dengan pembukaan Harman Studio, pelanggan berpeluang mendapatkan diskaun sehingga 95% untuk item terpilih. Selain itu, Harman Studio juga bekerjasama dengan Sime Darby Auto Bavaria untuk menwarkan peluang pandu uji pelbagai model terbaru BMW pada hari ini.

Lebih menari, pelanggan yang membeli BMW akan menerima baucar tunai Harman Studio bernilai RM3,000 dan tawaran promosi ini juga akan dilanjutkan pada pameran JBL di Mid Valley North Court mulai 25 Mac hingga 31 Mac 2019.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here