Pelancaran Redmi Note 7 Di Malaysia Pada 19 Mac 2019 I Apa Yang Kita Mahu Lihat?

472
**********

Redmi bersedia untuk melancarkan telefon terbaru mereka iaitu Redmi Note 7 di Malaysia pada 19 Mac ini yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur.

Menjelang pelancaran, Redmi mula mengusik orang ramai dengan menyatakan bahawa model tersebut bakal didatangkan dengan keupayaan kamera utama 48MP. Berikut adalah antara yang dijangka pada Redmi Note 7 :

📍 Membawakan rekaan moden diperbuat daripada kaca –  kaca 2.5D pada panel belakang peranti ini. Sekaligus, menggantikan rekaan aluminium pada generasi Redmi Note sebelum ini.

📍 Hadir dengan rekaan takuk kecil – skrin berukuran 6.3 inci (2340×1080) bersama nisbah aspek lebih luas 19.5:9. Lengkap Corning Gorilla Glass 5.

📍 Dijana Snapdragon 660 sebagai tunjang utama dan dibantu kapasiti memori dengan pilihan RAM sehingga 6GB + pilihan ruang storan sehingga 64GB.

📍 Bateri 4,000 mAh bersama sokongan teknologi Quick Charge 4.0 yang mampu dicas dengan lebih pantas dan menggunakan sistem operasi MIUI 10 berasaskan Android 9.0 Pie

📍 Dilengkapi dwi-kamera utama beresolusi 48MP + 5MP. Lensa utama menggunakan sensor Ultra Clear daripada Samsung ISOCELL GM1 – keupayaan fotografi dalam pencahayaan rendah lebih baik dengan butiran terperinci.

📍 Ditawarkan pada harga berpatutan – Redmi Note 7 ditawarkan pada harga antara CNY999 dan CNY1,399 di pasaran China. Jualan untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui, tetapi dijangka kurang daripada RM1,200. (**Psttt, hanya anggaran. Jika tak tepat jangan marah ahhh~)

________________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here