Pandangan eRing Selepas Seminggu Bersama HUAWEI Matebook D – Komputer Riba Ringan Khas Pelajar

482
**********

Kalau anda semua ada ikuti laporan eRing sebelumnya, tentu berasa teruja pada kebolehan komputer riba HUAWEI yang ini – Matebook D. Anda mungkin tidak percaya sekiranya sekadar sembang biasa sahaja, lain pula pengalaman sebenar dalam kehidupan seharian.

Jadi kami berpeluang mencuba sendiri Matebook D ini di hari minggu yang lalu, bersama kami membaca selanjutnya pengalaman sebenar sepanjang seminggu menggunakannya untuk membuat kerja di luar, bermain permainan video, menonton filem, melayari Internet dan kerja pemindahan fail.

1. Daya Ketahanan Lebih Lama, Pocket Charger Lebih Mudah

Membuat kerja di luar adalah perkara yang sangat biasa bagi golongan masa kini, dengan komputer riba dahulu yang hanya mampu bertahan selama 3.5 jam dan anda perlu segera mencari tempat untuk mengecas menjadi isu besar bagi semua pengguna.

Namun dengan adanya Matebook D, isu kehabisan bateri tidak lagi menjadi masalah. Ia mampu bertahan sehingga 10 jam bagi sekali isian penuh, sekaligus membolehkan penggunaan seharian tanpa merisaukan ketahanan baterinya. Tambahan lagi Pocket Charger yang ringan dan kecil ini, sangat bagus untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

 

2. Rekaan Ringan Tidak Membawa Beban

Seperti yang disebutkan tadi membawa komputer riba bersama telah menjadi kebiasaan orang ramai, dan berat komputer riba serta pengecas merupakan salah satu punca utama dalam membuat pilihan.

Lain pula dengan Matebook D yang tampil dengan ketebalan hanya 15.8mm dan berat seringan 1.47kg menjadikannya sangat mesra pengguna, sama ada untuk pelajar atau golongan korporat.

 

3. Kuasa Dalaman Berprestasi Tinggi, Kerja Lebih Produktif

Matebook D boleh dikatakan berprestasi tinggi kerana menggunakan cip pemproses Intel-core i5-8250U generasi ke-8, yang mana ia menawarkan peningkatan 40% berbanding generasi terdahulu.

Tambahan lagi, sokongan Intel Hyper-Threading juga mampu meningkatkan kecekapan pemproses di samping mempercepatkan kelajuan 1.6GHz ke 3.4GHz dengan kehadiran teknologi Intel Turbo Boost.

Secara lebih teliti lagi, kami telah melayari sebanyak 16 laman sesawang yang berlainan secara serentak, pada masa yang sama juga telah membuka aplikasi Xbox, menonton video 720p@60fps, menjalani ujian Antutu dan melayari serta memuat turun aplikasi di Microsoft.

Penggunaan serentak ini tidak membawa sebarang isu lag padanya, bermakna kecekapan cip pemproses pada Matebook D adalah sangat memuaskan. Bagi pelajar yang suka bermain permainan video sambil membuat assignment, pastinya tiada masalah.

 

4. Memori Dalaman Yang Mencukupi & Berjalan Lancar

Kepantasan pemproses Matebook D juga dibantui oleh storan dalaman 256GB SSD, yang mana ia lebih mahal, lebih laju, lebih tahan lama, lebih kecil, lebih senyap dan lebih cekap berbanding HDD.

Dipadan dengan memori 8GB RAM + 256GB SSD, cukup menampung penggunaan biasa, yang penting kelajuan pemindahan fail super laju sama juga pada On/Off komputer riba ini.

 

5. Nikmati Permainan Yang Lancar

Sebagai contoh kami telah memuat turun permainan arkad Asphalt 8: Airborne yang bersaiz 2.56GB, prestasi permainan dilihat sangat memuaskan pada kadar 60fps, ini semuanya bergantung pada sokongan kad grafik Intel UHD Graphics 620 dan MX150. Nak menang Chicken Dinner sebenarnya pun tidak menjadi masalah!

 

6. Sistem Audio Berkualiti Tinggi

Apabila anda terlihat dua pembesar suara yang diletakkan bersebelahan dengan papan kekunci, sangat jelas bahawa Matebook D adalah peranti yang memfokuskan pada kualiti audio.

Dengan dimensi yang cukup besar dapat menghasilkan kualiti audio yang baik dan mendalam.

Selain itu, Matebook D juga terbina dalam Windows Sonic dan teknologi Dolby Atmos. Kualiti audionya sungguh memeranjatkan apabila menonton filem, mendengar lagu dan bermain permainan dengan fon kepala.

 

7. Bezel Nipis Menjadikan Paparan Skrin Lebih Komprehensif

Walaupun rekaan saiznya kompak, tetapi Matebook D tetap membekalkan paparan skrin penuh bersaiz 14 inci pada kerangka yang berukuran 13 inci dengan sokongan bezel senipis 5.2mm.

Pengalaman bermain permainan, melayari laman sesawang atau menonton filem juga dapat dijamin baik.

Penggunaan dalam masa panjang akan meletihkan mata? Perkara ini tidak akan berlaku pada Matebook D, kerana ia menyokong ciri perlindungan mata yang dapat menjaga mata terutamanya bagi anda yang suka menonton filem dalam pencahayan terhad.

Jangan lupa masa yang secukupnya untuk berehat juga amat penting, demi kesihatan diri sendiri.

8. Dual WiFi Permudahkan Sambungan Rakaian

Sambungan WiFi di kedai kopi atau mana-mana tempat akan menjadi semakin lemah dan tidak stabil apabila ramai pengguna menyambung ke rangkaian yang sama, lain pula dengan Matebook D.

Kehadiran dual antenna WiFi dan gabungan teknologi Mate signal+ padanya mampu meningkatkan liputan rangkaian dan isyarat, membolehkan anda menikmati pengalaman melayari Internet yang lebih laju.

 

9. HUAWEI Share Meningkatkan Penghantaran Fail

Kerja kami yang sentiasa perlu mengambil gambar atau video beresolusi tinggi, system penghantaran fail yang lebih pantas adalah amat diperlukan. Justeru itu, Matebook D menawarkan teknologi HUAWEI Share yang sangat bagus kepada pengguna mereka.

Kami hanya menggunakan masa 6 minit 25 saat untuk menghantar video bersaiz 1.42GB dalam HUAWEI Mate 20 Pro ke Matebook D, jelas Nampak ia lebih pantas berbanding Bluetooth yang perlukan selama 20 minit.

Fungsi ini bukan sahaja membawa kemudahan kepada pekerja, malah juga amat sesuai bagi pelajar yang sentiasa perlu memindahkan kerja sekolah, bahkan gambar-gambar penuh kenangan bersama orang kesayangan.

 

10. Harga Mesra, Pelajar Pun Mampu Milik!

Pengalaman selepas seminggu bersama HUAWEI Matebook D, kami berasa amat teruja dengan prestasi kecekapan yang ditawarkan. Sama ada membuat kerja bervolumn tinggi, atau menikmati hiburan tanpa henti, ia tetap memberikan kepuasan maksimum kepada kami.

Paling menarik adalah tawaran harganya yang sangat mesra pengguna, hanya RM2,999 tetapi menyokong sebilangan fungsi premium yang mungkin bernilai RM4000 ke atas pada peranti lain. Harga mampu milik ini memang idaman para pelajar, of course pekerja korporat pun boleh memiliki satu!

 

#Advertorial Dari HUAWEI Malaysia

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here