OPPO Menampilkan Fattah Amin Sebagai Duta OPPO F11 Pro!

1006
**********

Kami dikhabarkan OPPO bersedia untuk melancarkan telefon terbaru mereka iaitu OPPO F11 Pro di Malaysia pada 19 Mac ini. Penambahan peranti baru ini adalah selaras dengan komitmen OPPO dalam menyediakan yang terbaik untuk pengguna.

Bagi menambah keterujaan ramai, OPPO dilihat mengalu-alukan kehadiran duta mereka sebelum ini iaitu Fattah Amin sebagai duta OPPO F11 Pro (selepas kerjasama menerusi siri OPPO F5). Nampaknya, kerjasama OPPO dengan Fattah pastinya membawakan lebih keseronokan pada acara pelancaran peranti tersebut nanti.

Sekadar makluman, OPPO F11 Pro membawakan paparan skrin berukuran 6.5 inci FHD+ (1080 x 2340 piksel) bersama penggunaan kamera “sorok”. Ia dijana oleh cip pemproses MediaTek Helio P70, memori 6GB RAM + 64GB dan bateri 4,000 mAh bersama pengecasan pantas VOOC 3.0.

Peranti ini juga mempunyai teknologi Hyper Boost bertujuan mengoptimumkan prestasi telefon. Dari segi kamera, ia dilengkapi sokongan dwi kamera utama 48MP + 5MP dan didatangkan kamera selfie ‘pop-up’ sebesar 16MP.

Ohh ya! Jangan lepaskan peluang merebut hadiah best daripada OPPO menerusi peraduan fotografi, Brilliant Portrait In Low Light.

Terbuka kepada semua dan 20 pemenang bertuah berpeluang memenangi sepasang pass eksklusif ke pelancaran OPPO F11 Pro di Malaysia dan cenderahati berupa pelembap udara eksklusif daripada OPPO! Tempoh peraduan sehingga 14 Mac 2019 dan KLIK SINI untuk sertai! Good Luck!

[ BACA : Sertai Peraduan “Brilliant Portrait In Low Light” – Menang Cenderahati & Pass Eksklusif Ke Pelancaran OPPO F11 Pro! ]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here