OPPO F11 Pro Kini Rasmi, Dijual Pada Harga RM1,399 – Rakaman Waktu Malam Kini Dalam Kualiti Yang Menakjubkan!

432
**********

Berita baik buat peminat siri peranti OPPO! Peranti baharu mereka iaitu OPPO F11 Pro kini telah rasmi dengan tawaran harga RM1,399, pra-tempahan bermula 19 Mac hingga 29 Mac di OPPO Online Store, rakan kongsi e-dagang Lazada, Shopee, Go Shop, Senheng, SenQ, Courts, AEON dan pengedar sah OPPO di seluruh negara.

[ Baca Juga: Dapatkan OPPO F11 Pro Secara PERCUMA! Hanya Di Celcom – Pra-Tempahan Bermula 19 Mac 2019 ]

Peranti ini pastinya dapat mengambil gambar yang terbaik khususnya dalam situasi Low Light. Disertakan dengan kamera belakang 48MP + 5MP dan kamera hadapan sebanyak 16MP pastinya memberikan imej yang mempersona.

Keunikan kamera hadapannya iaitu Rising Camera yang merupakan sebuah pop up camera terletak di tengah-tengah bahagian atas peranti tersebut memberikan keunikan pada rekaan peranti ini. Disebabkan ia disertakan dengan Risng Camera ini, maka paparan penuh pada skrin dapat dicapai dengan ukuran 6.5 inici FHD+.

Dari aspek dalamannya pula ia turut tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan ColorOS 6 berasaskan Android 9.0 Pie. Pemproses peranti ini pula menggunakan MediaTek Helio P70. Jangan bimbang kerana dari aspek memori juga tidak mengecewakan apabila ia menyertakan 6GB RAM dan 64GB ROM.

Jika dilihat dari aspek pengecasan juga amat baik apabila ia disertakan dengan VOOC Flash Charge 3.0 yang mampu mengecas penuh tidak lebih dari 80 minit. Kapasiti bateri juga agak besar iaitu 4000mAh yang mana akan memberikan kepuasaan penggunaan tanpa diganggu masalah bateri cepat habis.

 

[ BACA: 11 Perkara Perlu Tahu Sebelum Beli OPPO F11 Pro!!! Berbaloi Beli Nih!!! ]

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here