MWC 2019: HUAWEI Rangkul 47 Anugerah Utama, Bukti Antara Jenama Terbaik Ketika Ini

272
**********

Jenama terkenal peranti pintar HUAWEI, mengapai pencapaian yang memberangsangkan apabila telah memenangi 47 anugerah di Mobile World Conference 2019. Anugerah ini dicapai menerusi beberapa peranti terbaharu daripada mereka.

Peranti yang paling banyak menerima anugerah dan pengiktirafan daripada media adalah adalah HUAWEI Mate X. Peranti inovatif yang disertakan dengan skrin boleh lipat, kombinasi 5G, AI dan banyak lagi. Tidak hairanlah peranti ini menerima 31 anugerah.

Antara anugerah yang dicapai oleh peranti ini ialah Best New Connected Mobile Device oleh GSMA, Best of MWC 2019 oleh Techradar, Trusted Review dan Android Central. Peranti ini juga menerima Best in Show oleh TechAdvisor.

Selain itu, HUAWEI MateBook X Pro turut menerima 12 anugerah pada majlis tersebut. Peranti ini disertakan dengan paparan 13.9 inci Ultra FullView, prestasi yang mengagumkan dan HUAWEI Share 3.0.

Antara anugerah yang diterima oleh peranti ini ialah Best Of MWC 2019 oleh TechRadar, Window Central, Trusted Review, Pocket-Lint dan BGR. Ia turut menerima Editor Choice oleh SlashGear dan Best Tech at Mobile World Congress 2019 oleh Mashable.

1 lagi peranti yang menerima anugerah adalah HUAWEI Mate 14 yang disertakan dengan paparan FullView, prestasi tinggi dan mudah dibawa ke mana sahaja dan dibina dengan kualiti yang terbaik.

Anugerah yang diterima oleh peranti ini adalah Best OF MWC 2019 oleh TechAdvisor, Expert Review, Big Tech Question (BTQ).

_______________________

Baca juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here