MWC 2019 : HUAWEI Mate X Dinobatkan Sebagai “Best Connected Mobile Device”

386
**********

Sekalung tahniah diucapkan…HUAWEI nampaknya sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul anugerah Global Mobile Award (Glomo) untuk kategori “Best Connected Mobile Device of Mobile World Congress 2019” menerusi model HUAWEI Mate X!

Anugerah khas ni disampaikan oleh GSMA – yang mana sebelum ini juga pernah menganugerahkan HUAWEI dengan anugerah “Best Smartphone of the year” menerusi model HUAWEI Mate 20 Pro (Berita lanjut : KLIK PAUTAN INI)

[PROMOSI HEBAT : Tawaran Terbaik! HUAWEI Mate 20 Pro Kini Berharga RM2,999 – Mulai 1 Mac 2019]

HUAWEI Mate X merupakan peranti fleksibel yang membawakan dua paparan iaitu 6.6 inci apabila dilipat untuk penggunaan telefon biasa (6.38 inci untuk panel belakang), dan skrin bersaiz 8.0 inci apabila dalam mod tablet.

Ia menggunakan paparan OLED dan menyertakan engsel dikenali sebagai Falcon Wing Mechanical Hinge. Ia dijana oleh cip pemproses kirin 980 dan modem 5G ciptaan HUAWEI iaitu Balong 5000. Melengkapinya, memori 8GB + 512GB dan bateri 4,500 mAh bersama HUAWEI SuperCharge 55W.

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here