MWC 2019: HONOR Mendedahkan Teknologi Gaming+, Pertingkat Prestasi Grafik Dalam Memberi Kepuasan Bermain Game

362
**********

Jenama peranti pintar terkemuka, HONOR mendedahkan revolusi teknologi Gaming+ di Mobile World Congress 2019 (MWC 2019). ia terdiri daripada kemaskini siri teknologi yang mana akan meningkatkan prestasi, kualiti grafik dan definisi imej permainan mudah alih pada HONOR View20.

Kemas kini didatangkan apabila HONOR melancarkan aplikasi ekosistem untuk menggunakan 3D TOF camera. Ia pastinya akan memberi keterujaan kepada pengguna telefon pintar ini.

HONOR View20 yang baru sahaja diperkenalkan di Paris disertakan dengan 5 ciri yang pertama di dunia antara ialah kamera telefon 48MP, 25 MP kamera hadapan berlubang, cipset 7nm Kirin 980 AI , teknologi AI Triple-Antenna Wi-Fi dan rekaan aurora nanotexture. Gaming+ mempertingkatkan pengalaman bermainan pemainan mudah alih dengan mempertingkatkan sistem secara keseluruhan dengan menaik taraf kecekapan GPU, Pengoptimuman beban GPU, definisi tinggi dan teknologi AI loading prediction.

Dalam pada itu, Gaming+ memperbaki kecekapan tenaga SOC kepada 20.34%. Tambahan lagi, Kirin 980 GPU beroperasi dengan sangat baik dengan memantau frame rate per second (fps), kualiti imej dan input skrin sesentuh dan prestasi pengecaman kepintaran. Bagi permainan mudah alih, teknologi AI memperbaiki ketepatan ramalan bagi setiap frame dengan lebih dari 30% berbanding kaedah tradisional.

Hasil daripada naik taraf Gaming+, Fortnite versi Vulkan juga boleh disokong pada HONOR View20 yang pastinya memberikan pengalaman bermainan permainan mudah alih yang pantas dan lancar. Game popular seperti QQ Speed dan Arena of Valor telah dioptimumkan untuk menyokong ciri-ciri berdefinisi tinggi.

Dalam pada itu, HONOR View20 TOF 3D camera menghasilkan dimensi baharu bagi permainan interaktif dan pelbagai kemungkinan bagi generasi akan AR. Kamera ini dilengkapi dengan depth sensing, skeletal recognition dan keupayaan real-time motion capture. Ia memberikan pengguna menikmati fungsi interaktif seperti 3D shaping, AI calorie counting, Magic AR dan 3D motion-controlled gaming.

HONOR View20 pastinya mencuri tumpuan umum setelah menempa pelbagai kejayaan. Di China, ia telah ditabalkan sebagai dual champion (jualan dan pendapatan jualan) pada platform atas talian dalam julat harga RMB3000 dan ke atas. Pada minggu pertama ketika ia dilancarkan, peranti ini telah menjadi Amazon’s No.1 Best Seller bagi kategori EUR 499 dan ke atas. Ia juga menerima “Best Selling Flagship Smartphone” di Seng Heng, setelah berjaya dijual sebanyak 1000 unit pada minggu pertama jualan bermula ketika majlis roadshow terbesar HONOR Malaysia di pusat beli-belah 1 Utama pada 26 sehingga 27 Januari 2019.

___________________________

Baca juga: 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here