- Iklan -

Maybank baru sahaja mengemaskini aplikasi Maybank2U bagi Android dan iPhone dan apa yang menarik ia disertakan dengan ciri baharu iaitu Maybank Anytime, Everyone (MAE) yang menyokong dompet digital yang pastinya memudahkan transaksi anda. Ia boleh digunakan oleh semua orang walaupun anda bukan pemilik akaun Maybank. Jadi jom kita tengok apa yang menarik pada ciri baharu ini.

Ciri – Ciri Menarik!!!

Pembayaran Menerusi QR

Pembayaran menggunakan QR kod ini pastinya memudahkan anda untuk melakukan transaksi. Menerusi MAE, anda perlu melakukan tetapan dahulu agar anda dapat memantau transaksi dan menetapkan had limit transaksi.

Cara lakukan tetapan Maybank QR PAY menerusi MAE
  • Anda perlu klik pada logo M di bahagian bawah sebelah kanan
  • Pilih akaun atau kad kredit untuk QRPAY
  • Tekan Agree & Proceed
  • Tetapkan limit penggunaan untuk QRPAY

 

Cara menggunakan pembayaran menggunakan MAE:
  • Pilih “Money Out” kemudian pay with QR

  • Imbas QR code
  • Masukkan nilai yang ingin di bayar
  • Kemudian transaksi sudah berjaya

 

Split Bill

Pasti anda selalu mendengar ayat ini “kau bayarlah dulu, nanti aku bayar balik, tak ada cash ni”. Namun akhirnya, anda sahaja yang membayar bil tersebut. Namun itu boleh ditangani melalui MAE. Anda boleh membahagikan wang pembayaran bersama rakan atau kenalan anda.

Menerusi ciri ‘Split Bill’ ini, rakan anda akan mendapat notifikasi pembayaran. Ia sekaligus akan memaksa rakan anda untuk membayar bill tersebut.

Bagi menggunakan Split Bill, ini adalah caranya:
  • Anda perlu klik pada money in
  • Pilih Split Bill
  • Pilih teman yang anda ingin berkongsi pembayaran bil tersebut.

  • Anda boleh melakukan pembayaran sama ada secara sama rata(equally) atau berasingan (separately).

  • Bagi separately, anda boleh memasukkan nilai yang ingin dibahagikan antara teman anda.

 

Pelbagai Fungsi

Anda juga melakukan pelbagai transaksi lain menerusi MAE ini. Misalnya anda boleh membayar bil, menghantar duit, melakukan tambah nilai pada prepaid, membeli tiket wayang dan membeli tiket kapal terbang.

Jadi apa tunggu lagi, muat turun dan kemas kini Maybank2U anda bagi menikmati kelebihan-kelebihan yang terdapat pada MAE ini. Serius terbaik!!!

↓↓ Video Tutorial ↓↓

_____________________________

Baca juga:

- Advertisement -

1 komen

Leave a Reply to Cara Guna Maybank E-Wallet MAE | Skrin Malaya Batalkan maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here