Menjejak Pendaratan Samsung Galaxy S10 – Berpeluang Menangi Galaxy S10!

678
**********

Sempena meraihkan ulang tahun ke-10 siri Samsung Galaxy, satu percubaan epik telah dianjurkan oleh Samsung yang dikenali sebagai “Be Unbeaten”. Pihak Samsung Malaysia bangga menjadi pasaran pertama di dunia dalam mengadakan percubaan ini.

[ Senarai Harga Jualan Siri Samsung Galaxy S10 Untuk Pasaran Tempatan – Pra-Tempahan Bermula 22 Februari 2019 ]

Aksi ini boleh dikatakan tidak pernah dicuba sebelum ini, 10 unit Galaxy S10 akan dibawa ke stratosfera dan bermula dengan penerbangan sehingga mendarat. Melalui percubaan ini bertujuan untuk menampilkan keupayaan kamera Galaxy S10 yang mantap, sekaligus berinteraksi dengan penonton dengan cara yang lebih menarik.

Sepanjang penerbangan Galaxy S10, penonton boleh menyertai peraduan dalam talian hanya dengan meramal di mana peranti ini akan mendarat dengan meletakkan pin di peta lokasi yang disediakan.

[ Sekilas Pandang Samsung Galaxy S10+ – Rekaan Mewah Disamping Spesifikasi Lebih Mantap ]

Seramai 10 peramal yang paling tepat atau dekat dengan tapak pendaratan Galaxy S10 akan memenangi peranti baharu ini. Peraduan berlangsung mulai hari ini hingga 4 Mac, jadi hari minggu ini anda masih boleh meramal lagi di mana Galaxy S10 akan mendarat.

Sertai Sekarang : Be Unbeaten

________________________

Artikel Berkaitan:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here