Kerusi PS4 Masih Boleh Nikmati Konsert Seakan Kerusi VIP – Terima Kasih Kepada HUAWEI P30!

281
**********

Setiap kali menyaksikan konsert, sibuk mengambil gambar adalah perkara yang ramai akan buat selain menikmati alunan muzik. Namun sekiranya anda duduk jauh dari pentas dan tidak dibenarkan membawa kamera DSLR, adakah hasil gambar dari peranti pintar anda berkualiti bagus?

Tidak kan! Terbaru sebuah peranti pintar muncul di konsert Wang Lee Hom, melalui gambar yang dikongsi jelas menunjukkan jurugambar tersebut duduk di tempat yang agak jauh dari pentas, tetapi hasil rakaman cukup jelas seperti penyanyi ada di depan mata. Apakah model peranti pintar tersebut? Ia adalah HUAWEI P30 yang bakal dilancarkan 26 Mac nanti.

Pertama sekali, kita dapat melihat penyanyi dalam gambar biasa yang diambil dari sudut jauh sangat kecil dan tidak jelas, lain pula apabila dizum secara Close Shot muka penyanyi terus terpapar dengan begitu jelas sekali. Lebih menarik apabila zum ke Super Close Shot, ketelitian penyanyi serta latar belakang pentas juga dapat dilihat. Cukup baik kan? Teruskan lagi…

Gambar kedua kelihatan penyanyi bersama biola yang mana tidak dapat dilihat dengan jelas daripada pandangan jurugambar yang duduk jauh, namun dengan Close Shot terus mengubah pandangan anda, kerana wajah serta biola kelihatan jelas seperti di depan mata anda. Bagaimana pula Super Close Shot? Tetap memuaskan terutama rekaan nombor 2060 yang tampil pada baju Lee Hom turut nampak! Memang power!

Konsert Lee Hom selain boleh menikmati alunan biola yang dimainkan oleh beliau, persembahan piano juga amat dinanti-nantikan. Piano Lee Hom bukan jenis yang biasa berwarna hitam, sebaliknya adalah rekaan naga dan semua ini dapat dilihat melalui keupayaan kamera HUAWEI P30.

Tiada kamera DSLR pun tidak menjadi masalah! Anda tidak perlu lagi bergegas untuk mendapatkan tempat duduk yang baik, juga tidak perlu lagi berdiri untuk mendapat view yang memuaskan. Apa pun lihat saja bagaimana peranti HUAWEI terdahulu seperti siri P20 dan Mate 20 Pro dikenalpasti sebagai pilihan utama peranti pintar terbaik oleh DxOMark dengan skor tertinggi 109.

Siri P30 bakal dilancarkan pada 26 Mac di Paris, jangan lepaskan peluang untuk mengetahui secara lebih lanjut peranti pintar terbaik ini. Bertemakan “Rewrite the Rules”, pastinya HUAWEI ingin menyampaikan lebih banyak ciri menarik yang ada pada P30.

Tambahan lagi, pelanggan P30 akan mendapat percuma HUAWEI Backup sempena pelancaran P30 di pasaran Malaysia. HUAWEI Backup merupakan sebuah pemacu cakera keras yang menyokong ruang simpanan mencecah 1TB dengan rekaan kalis air.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman rasmi HUAWEI.

**Advertorial Daripada HUAWEI Malaysia

________________________

Artikel Berkaitan:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here