Kemas Kini Ciri-Ciri Baharu MIUI 10 & 11 Didedahkan!

257
**********

Xiaomi merupakan sebuah syarikat yang amat mementingkan hubungan mesra dengan penggunanya, terbaru di forum MIUI mereka telah berkongsi senarai kemas kini MIUI 10 dan 11 yang bakal dilancarkan, serta senarai perisian yang dalam pembangunan.

Beberapa ciri baharu sudah tersedia dalam ROM versi China dan menurutnya bakal tiba pada versi global, jadi apa ciri-ciri baharu yang tersedia dalam kemas kini kali ini? Semak senarai di bawah, senarai lengkap boleh rujuk sumber di bawah artikel.

[ 28 Peranti Xiaomi Bakal Menerima Kemas Kini MIUI 10 ]

Ciri-ciri baharu:

  • Lockscreen terpapar selepas nyahkunci skrin, bukannya terus masuk ke paparan Home.
  • Efek bunyi baharu
  • Efek Dolby yang lebih advanced
  • Pengecaman wajah dan pengimbas cap jari berfungsi serentak
  • Mengoptimumkan fungsi penjimatan tenaga
  • Aktifkan skrin dengan arahan suara
  • Sokongan privasi album untuk video
  • Mod gelap
  • Memaparkan status pengecasan pada skrin
  • Peringatan apabila panggilan mula dirakam

Ciri-ciri dalam pembangungan:

  • Fail APK akan dipadam secara automatik apabila aplikasi siap install
  • Recycle Bin untuk album foto
  • Sokongan untuk crop foto pada nisbah 18: 9
  • Mod kanak-kanak
  • Animasi baru ketika pengecasan
  • Stereo Bluetooth dalam permainan
  • Sokong mod poket untuk mengelakkan tersentuh
  • Fungsi arahan suara merakam yang lebih baik
  • Fungsi peringatan tidur

[ SUMBER ]

___________________________

Baca Juga:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here