Jelajah HONOR My Idol 2019 Berlangsung Meriah – Diserikan Oleh As’ad Motawh

471

HONOR telah pun memulakan hari pertama siri jelajah, HONOR My Idol 2019 yang berlangsung di Universiti Malaya pada 5 Mac lepas. Tarikan utama jelajah ini iaitu pencarian duta baharu dimeriahkan dengan persembahan khas daripada penyanyi yang juga duta HONOR iaitu As’ad Motawh.

Siri Jelajah HONOR My Idol 2019

Para pelajar dilihat mengambil kesempatan mengunjungi siri jelajah ini sekaligus mengambil bahagian dalam pencarian duta baru, di samping menikmati aktiviti meyoronokkan seperti Spin & Win’ dan Cotton Candy Giveaway di HONOR 10 Lite Selfie Truck.

Selain itu, mereka juga berpeluang beramah mesra dan bergambar bersama As’ad menggunakan peranti HONOR 10 Lite – sekaligus memberi peluang kepada mereka merasa sendiri kehebatan yang ada pada peranti tersebut.

As’ad Motawh

Tidak ketinggalan, terdapat juga sesi soal jawab (Q&A), serta pelajar turut berpeluang membawa pulang T-Shirt eksklusif yang ditandatangi oleh As’ad selepas bermain permainan “charades” dan “selfie hunt with the local star”.

[ BACA : Adakah Anda “HONOR My Idol 2019” Yang Dicari? ]

Senarai lokasi untuk siri jelajah yang seterusnya adalah seperti di bawah :

Lokasi Siri Jelajah HONOR My Idol 2019

Jom ramai-ramai kunjungi siri jelajah ini dan sertai pencarian duta baru ini okay! Bukan sahaja dapat jadi duta, pemenang juga bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000, seunit HONOR 10 Lite dan akan dipaparkan di bahan-bahan media promosi!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here