iPad Air 10.5 Inci Dirasmikan – Harga Bermula RM2,199

348

Selain Apple iPad mini menerima kemaskini, satu lagi tablet iaitu iPad Air juga menerima kemaskini baharu hari ini.

Tablet berukuran 10.5 inci ini dijana dengan cip Apple A12 Bionic, yang mana ia menawarkan kuasa pemprosesan yang lebih tinggi bagi melancarkan urusan multitasking tanpa gangguan.

Menurut Apple, iPad Air terbaru ini mempunyai prestasi lebih 70% berbanding model sebelumnya, tambahan sokongan Apple Pencil lebih memudahkan kerja seharian. Kamera utama dilengkapi 8MP dengan sokongan AR, sementara kamera FaceTime beresolusi 7MP.

Anda boleh membeli iPad Air di laman rasmi Apple dengan tawaran harga bermula RM2,199 untuk versi WiFi, sementara versi selular ditawarkan pada harga bermula RM2,749.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here