HUAWEI Perkenal Platform Perkhidmatan Digital Baru – HUAWEI AppTouch

429

HUAWEI secara rasminya telah pun memperkenalkan platform perkhidmatan digital baru yang dinamakan HUAWEI AppTouch pada persidangan Digital Game Conference 2019 yang diadakan di Dubai.

HUAWEI AppTouch menyediakan perkhidmatan hiburan digital yang dipertingkatkan seperti permainan, video dan muzik. Melaluinya, HUAWEI menyediakan perkhidmatan digital terkini dengan lebih cekap dan dapat diakses kepada lebih banyak kandungan secara global.

HUAWEI AppTouch menggabungkan sumber ekosistem kandungan digital dan saluran – menjadi sebahagian penting dalam perkhidmatan mudah alih mereka. Antara manfaat HUAWEI AppTouch termasuk;

  • Ekosistem globalisasi – Melalui penjumlahan pelbagai kandungan global – ekosistem global mudah diakses melalui  kerjasama satu titik dengan Huawei.
  • Pengagihan berasaskan awan – AppTouch membolehkanperkhidmatan digital digunakan dengan cepat.
  • Promosi pelbagai saluran – Mengintegrasikan saluran pemasaran utama global untuK membantu menjangkau pengguna dengan cepat.
  • Operasi tempatan – Pekerja tempatan HUAWEI bertanggungjawab untuk pemasaran dan operasi untuk membolehkan operasi tempatan di negara yang berbeza.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here