HUAWEI Perkenal Fon Telinga Tanpa Wayar – HUAWEI FreeLace & HUAWEI Freebuds Lite

770

Selain kemunculan peranti pintar dengan model baru, HUAWEI juga memperkenalkan penambahan dua peranti lain untuk segmen audio tanpa wayar – HUAWEI Freelace dan HUAWEI Freebuds Lite.

 

HUAWEI Freelace

Fon telinga tanpa wayar boleh diletakkan pada belakang leher – rekaan alat kawalan terbina pada tali. Ketahanan bateri adalah sehingga 18 jam (sekali cas). Untuk pengecasan semula, salah satu fon perlu dicabut kemudian disambung pada HUAWEI P30 – difahamkan pengecasan adalah selama 5minit.

Bateri disertakan 120 mAh, memiliki ketahanan kalis air dan menyokong blutooth 5.0. Warna ditawarkan adalah Graphite Black, Amber Sunrise, Emerald Green dan Moonlight Silver. Harga jualan : 99 Euro ( kira-kira : RM456).

 

HUAWEI Freebuds Lite

HUAWEI mendedahkan HUAWEI Freebuds Lite mampu berfungsi sehingga 12 jam dan memiliki sokongan kali air. Bukan sahaja menikmati kualiti bunyi yang luar biasa, ia juga memenuhi keperibadian fesyen anda. Huawei FreeBuds Lite ditawarkan dalam warna hitam serta putih dan dijual pada harga 119 Euro (~RM 549).

__________________________

Artikel Berkaitan:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here