HUAWEI P30 Pro Dikesan Di Pangkalan Data Ujian Antutu – Sokong Kirin 980 + 8GB RAM

212
**********

HUAWEI dikhabarkan bersedia melepasakan peranti perdana barunya, iaitu siri HUAWEI P30 dalam sebuah acara pelancaran yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mac ini di Paris. HUAWEI dijangka memperkenalkan tiga model – HUAWEI P30, HUAWEI P30 Pro dan HUAWEI P30 Lite.

[BACA : Tak Rugi Kalau Tunggu Siri HUAWEI P30 – Menjamin Kepuasan Berkali Ganda! ]

Terkini, HUAWEI P30 Pro telah dikesan dalam pangkalan data ujian AnTuTu dengan kod model VOG-L29. Senarai tersebut juga mendedahkan spesifikasi utama peranti seperti skrin dengan resolusi 2340 x 1080 piksel, dijana cip Kirin 980 dan memori 8GB RAM + 256GB ROM. Berdasarkan skor dikongsi, peranti ini berjaya mencatatkan skor sebanyak 286,152.

Ketirisan maklumat juga mengatakan HUAWEI P30 Pro dijangka dilengkapi paparan OLED melengkung bersaiz 6.5-inci, pengimbas cap jari dalam skrin dan hadir dengan sistem zoom periskop. Kapasiti bateri masih belum diketahui namun ia dijangka menyokong pengecasan pantas 40W.

[ BACA : Gambar Konsert Di Tangan Anda! Keupayaan Kualiti Gambar Terbaik Hanya Dari Siri HUAWEI P30! ]

Sebelum kemunculan peranti ini, HUAWEI kini sedang bersedia untuk melepaskan HUAWEI Nova 4e yang dijadualkan pada 14 Mac ini (ESOK) – Difahamkan, model ini akan dikenali sebagai HUAWEI P30 Lite untuk pasaran negara lain.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here