HUAWEI Nova 4e Menawarkan Harga RM1,199 – Sokong 32MP AI Kamera Swafoto

432
**********

Selepas menjadi topik hangat di media sosial sejak kebelakangan ini, HUAWEI hari ini secara rasmi memperkenalkan peranti pintar terbaru keluran mereka iaitu HUAWEI Nova 4e kepada umum.

Bercakap soal rupa paras, Nova 4e masih membawakan rekaan moden di mana ia meneruskan penggunana kecerunan warna pada kerangka. Selain itu, skrin bertakuk kecil berukuran 6.15 inci bersama resolusi FHD+ (2340 x 1080 piksel) menjamin pengalaman melayari yang cukup puas hati kerana nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 84.1%.

Dari segi spesifikasi, Nova 4e menggunakan cip pemproses Kirin 710 berkelajuan Octa-core 4x Cortex-A73 2.36GHz + 4x Cortex-A53 1.7GHz sebagai tunjang utama dan dibantu oleh memori sebesar 6GB RAM bersama storan dalaman 128GB. Melengkapinya kapasiti bateri 3,340mAh dengan sokongan pengecasan pantas sehingga 9V/2A, selain gabungan GPU Turbo yang berprestasi tinggi.

Bahagian penggambaran pula, nova 4e hadir dengan sokongan sistem tri-kamera utama dengan kombinasi lensa 24MP + 8MP + 2MP (aperture f/1.8 + f/2.2 + f/2.4), keupayaan lensa ultra-wide angle pada kamera utama ini membawakan hasil penggambaran yang cukup memuaskan terutamanya gambar pemandangan.

Selain tri-kamera utama berteknologi AI, kamera swafoto juga sangat hebat di mana ia dilengkapi dengan lensa 32MP bersama f/2.0 aperture yang pertama diperkenalkan dalam peranti HUAWEI. Teknologi terbina dalam mampu menawarkan kualiti gambar swafoto yang sangat semula jadi, keupayaan ini yang menjadikan siri nova ini sentiasa disukai ramai.

Tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Midnight Black, Pearl White dan Peacock Blue, ia ditawarkan pada harga RM1,199 mulai 16 Mac 2019. Bagi yang berminat, boleh membeli melalui HUAWEI Experience Store, HUAWEI Online Store dan pengedar sah.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here