HONOR Umum Jadi Rakan Rasmi Telefon Pintar Bagi Kelayakan ESL Clash Of Nation -Arena Of Valor

162
**********

HONOR Malaysia kini kembali dalam arena gaming apabila berperanan sebagai rakan rasmi telefon pintar bagi Malaysia/Singapura (MY/SG) dan Filipina (PH) bersempena kelayakan ESL clash of Nation-Arena of Valor yang julung kali diadakan.

Kerjasama ini bakal menyaksikan 4 pasukan daripada MY/SG dan 4 pasukan dari Filipina yang berjaya mara ketika pusingan kelayakan awal akan berentap dalam kelayakan tertutup di ESL Clash of Nation MY/SG & PH pada 9 Mac 2019.

2 finalis dari kelayakan MY/SG & PH akan berentap di Valor Cup Championship pada 10 Mac 2019 menggunakan peranti Honor seperti Honor View20 dan Honor 8X. pemenang akan mewakili negara mereka di pertandingan ESL Clash of Nation – Arena of Valor yang akan diadakan pada 29 – 31 Mac 2019 di JIExpo, Jakarta.

pertandingan ini akan menyaksikan 6 pasukan dari 5 buah negara iaitu Indonesia ( 2 pasukan), Thailand (2 pasukan), Vietnam ( 1 pasukan), Filipina ( 1 pasukan) dan Singapura & Malaysia (1 pasukan). Pemenang akan akan menerima hadiah utama bernilai US$50,000.

Kerjasama antara HONOR dan ESL Clash of Nation menjadi tanda keterujaan jenama peranti gaming antara yang terbaik di dunia dalam dunia e-sukan. HONOR baru – baru ini berjaya menjual lebih 1000 unit peranti HONOR View20 yang mana ia disertakan dengan cipset Kirin 980 dan teknologi GPU Turbo 2.0.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut pertandingan, layari laman Facebook ESL Asia’s atau laman sesawang HONOR  untuk mengetahui mengenai produk terbaharu dari HONOR. Untuk kemas kini terkini, layari laman Facebook HONOR.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here