HONOR Hadir Dengan Poster Acah – Bakal Bawa Masuk HONOR 8C Ke Malaysia Tidak Lama Lagi?

335
**********

HONOR nampaknya merancang untuk membawa masuk satu lagi peranti keluaran mereka ke pasaran tempatan. Model tersebut masih belum didedahkan secara terperinci. Namun, memetik poster acah, ramai membuat spekulasi ia jelas merujuk kepada HONOR 8C – memperlihatkan bateri berkapasiti 4,000 mAh dan penggunaan imej huruf “C”.

Sedia maklum, HONOR 8C hadir dengan skrin bersaiz 6.26 inci, cip pemproses Snapdragon 632, memori sebesar 4GB RAM bersama dua pilihan storan, 32GB dan 64GB. Untuk kamera, ia membawakan dwi kamera utama 13MP (f/1.8) + 2mp (f/2.4) dan lensa swafoto sebesar 8MP.

Dalam pada itu, HONOR turut berkongsi satu poster di mana mereka bakal mengumumkan duta jenama baru yang kini masih lagi kekal menjadi rahsia. Buat masa ini, pihak HONOR masih berteka teki mengenai tarikh pelancarannya. Sama-sama kita tungu!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here