Hands-On HUAWEI P30 Pro Tertiris!

210
**********

Pelancaran rasmi akan diadakan esok 26 Mac jam 9 malam waktu tempatan, selain pendedahan dari segi spesifikasi sehingga reka bentuk bagi P30 yang menjadi isu hangat semasa, kini giliran P30 Pro pula yang terdedah!

Menurut gambar acah dari Roland Quandt, P30 Pro tetap menggunakan rekaan kecerunan warna di mana warna ungu tampil di bahagian bawah ekoran warna biru dan putih ke atas. Menurut sumber, P30 Pro juga akan hadir dengan warna Black, Aurora dan Amber Sunrise.

Paparan skrin P30 Pro memperlihatkan rekaan waterdrop padanya, kotak pembungkusan juga tertera “Leica” yang menjadi trademark siri P dalam penggambarannya. Dilengkapi cip pemproses Kirin 980 berasaskan 7nm merupakan peranti pintar pertama di dunia menggunakannya.

Sokongan pengimbas cap jari dalam skrin juga dikhabarkan akan turut serta dalam siri P30, apa pun kita nantikan perasmian pada 26 Mac di Paris.

______________________

Artikel Berkaitan:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here