Gambar Sebenar HUAWEI Nova 4e Terdedah Beberapa Jam Sebelum Pelancaran Rasmi?!

356
**********

HUAWEI bersedia melepaskan telefon terbaru mereka, HUAWEI Nova 4e hari ini. Menjelang beberapa jam sebelum pelancaran rasmi, nampaknya gambar sebenar reka bentuk penuh model tersebut kini telah ‘terlondeh’ dan muncul di media sosial.

[BACA : HUAWEI Nova 4e Bakal Diperkenalkan Kepada Umum Pada 14 Mac Ini! ]

Imej tersebar menunjukkan bahawa ia hadir paparan bertakuk kecil bersama nisbah aspek yang agak tinggi. Namun, ia didapati miliki rekaan dagu yang sedikit tebal. Terdapat ketersediaan sokongan tiga kamera utama dan pengimbas cap jari berbentuk bulat pada panel belakang.

[ BACA : Reka Bentuk Dan Spesifikasi HUAWEI Nova 4e Terdedah Sebelum Pelancaran Rasmi ]

Imej tersebar turut mendedahkan peranti ini menggunakan port USB-C dan HUAWEI masih mengekalkan ‘lubang’ kegemaran ramai iaitu bicu audio 3.5mm yang diletakkan pada bahagian bawah. Ia juga dilihat hadir dengan tiga pilihan warna.

Walau bagaimanapun, maklumat tertiris masih lagi rumors dan untuk mengetahui lebih lanjut, sama -sama kita nantikan kemunculan rasminya. Kekal bersama eRing untuk info terkini!

[SUMBER] , [SUMBER 1]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here